Tuesday 25 March 2014

Tips Nak Buat Passport..

Alhamdulillah.. Selesai dah urusan buat passport kitorg bertiga.. Mcm2 dugaan yg perlu ditempuhi.. Sampai terpaksa ambik cuti Isnin lepas.. Ingatkan nak masuk kerja sebelum tengahari, last2 6 jam kitorg menunggu.. Memang penat.. Tp sbb dh plan nak gi Jakarta next month, so nak xnak kena buat gak passport cepat2..

Kitorg dh plan nak buat passport masa balik kg. kat Segamat Sabtu & Ahad lepas.. Lagipon government office kt Johor bukak hari Ahad.. Sampai je dlm kol 10 pagi, nombor giliran dh abis.. Diorg cuma proses 150 permohonan je sehari, katanya.. Logik la kot, sbb pejabat imigresen segamat ni kecik je nampak gayanya..

1st time frust.. Pejabat Imigresen Segamat.. nombor abis..

Hari Isnin besoknya pulak kitorg plan nk gi buat kat Jab. Imigresen Putrajaya.. konon2 nya cepat, cekap & tangkas, sebab ofis besar so sejam je dh boleh siap.. Rupa-rupanya diorg dlm proses pemindahan pejabat, so segala urusan passport xde.. 

2nd time frust.. Jabatan Imigresen Putrajaya.. Dalam proses pindah ofis pulak..
Kat notis board tu jugak ada bagitau, supaya urusan2 passport boleh ke pejabat2 imigresen berdekatan; antaranya pej. imigresen Kajang, Puduraya & UTC Sentul.. Memandangkan Kajang je yg paling dekat, so kitorg decide nk ke sana je la..

3rd time frust,, Pejabat2 kerajaan atas bus station kajang.. Nombor abis jugak..
Rupa2nya kt sini punya la ramai org.. kitorg sampai dlm kol 10.30 pagi tp nombor giliran dh abis.. Last2 kitorg terpaksa drive ke UTC Sentul.. Sampai dlm kol 12 tengahari, tp Alhamdulillah nombor giliran ada lg, tp ada lg 100 orang baru smpai turn kitorg.. xpela, x kesah asalkan boleh siap hari ni jugak.. Yg bestnya kt sini, pejabat agak besar & selesa, keluar je pintu imigresen trus ada food court.. tp agak panas la kt luar.. better dok kt dalam je, sejuk skit.. UTC ni gak beroperasi sampai pukul 10 MALAM, setiap hari iaitu ISNIN sampai AHAD.. walaupon tutup lewat, nombor giliran last boleh diambil sampai pukul 4 petang je..



Yg ni x frust dh..

Ni pic dr web je, keadaan sebenar agak ramai org..

Operating hours..

Food court..
Lastly, pukul 4 petang baru smpai turn kitorg utk ambik gambar dan urusan buat passport.. kat sini, gambar tangkap on the spot secara percuma je.. so, x perlu bawak gambar passport k.. Pukul 6 petang lak, baru lar passport kitorg siap.. Alhamdulillah..
Reward Mia ngn aiskrim sbb jd gud girl..
So, untuk sesape yg plan nk buat passport antarabangsa tu leh refer tips2 ni based on pengalaman kitorg supaya tidak frust di kemudian hari:

Tips2 Nak Buat Passport:

  1. Decide nk buat passport kt mana.. google waktu operasi ofis tu..Kalo boleh, jangan pergi masa cuti sekolah sbb ramai org..
  2. Check sama ada perlu bawak gambar passport @ tak.. Ada certain ofis yg kena bawak & ada jugak yg tangkap gambar on the spot je.. Boleh refer website @ blog2 org @ direct je call ke ofis yg nk dituju.. (biasanya disediakan khidmat tangkap gambar kt area2 berdekatan)..
  3. Cas full siap2 segala smartphone, tablet @ apa2 gadget yg nk dibawa especially kalau ada anak kecik macam Mia.. Lagi bagus kalo ada power bank, cas kan jugak siap2 smpai penuh.. Ini sebagai persiapan sekiranya tahap kesabaran menunggu anak2 kita dh sampai limit.. boleh bukak utube/movies/cartoon/game utk diorg.. Socket utk charging juga terhad/hampir tiada di ofis2 imigresen..
  4. Point penting - Sarapan siap2.. Pastu keluar awal2 pagi dari rumah, sebaik2 nya sebelum bukak ofis dh ada kt luar utk ambik nombor giliran.. Ada certain ofis imigresen yg limitkan beberapa nombor je sehari..

Bayaran Passport & Tempoh Sahlaku:

  1. Ada 2 choice tempoh sahlaku passport yg boleh dipilih.. 2 tahun atau 5 tahun.. 
  2. Bayaran bagi Dewasa (Sahlaku 2 tahun = RM 100;  Sahlaku 5 tahun = RM 300)
  3. Bayaran bagi Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) &  Kanak-Kanak (berumur bawah 12 tahun) (Sahlaku 2 tahun = RM 80;  Sahlaku 5 tahun = RM 150)
  4. Ada juga diskaun bayaran untuk pelajar bawah 21 tahun yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Luar Negara.. Bayaran untuk sahlaku 5 tahun hanya sebanyak RM 150.. Perlu disertakan dokumen sokongan.. Klik sini untuk detail..
  5. Bayaran tidak dikenakan (percuma) bagi golong Orang Kelainan Upaya (OKU) yg berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
Thats's all utk entry kali ni.. Overall, dalam semua pejabat imigresen yg kitorg pegi, boleh dikatakan semua kakitangan memberikan servis yg baik dengan senyuman, penerangan yg jelas even masa bagitau kitorg yg nombor giliran dh abis.. walaupon nampak diorg kepenatan melayan beratus2 org sehari, tp x putus2 senyum.. 2 thumbs up..



6 comments:

  1. Replies
    1. Kalau tau tips ni, mmg x payah tggu 6 jam.. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. 1 lagi tips, selepas buat passport sila simpan di tempat tinggi yg selamat.. supaya tidak dicop oleh pegawai imigresen kecik kt umah n then kena buat passport semula.. hehehe

      Delete
  3. Hana dulu kn mmg pegi pagi kul 8 dh kuar umh.pastu ms amik no tuh ktorg dpt no yg khas utk wrga emas.sebabnye bwk saufee yg kecik molek tuh.tp xpasti plak dkt imegresen lain xbuat cmtuh.kn wrga emas ade kaunter die sendiri kn...so diorg tkut budak2 boring menunggu lm sgt. Hehheee next time buat dkt imegresen kelana jaya jer tmpt hana buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt tempat lain xde kot.. coz bawak Mia pon still kena tunggu 5, 6 jam.. kesian kt budak2.. last2 buat passport utk Mia trus 5 tahun je... hehe

      Delete